Header Ads

Drama Suri Hati Mr pilot [2016] Astro Ria


Fattah Amin akan kembali lagi sebagai hero bergandingan dengan pelakon paling popular iaitu Neelofa dalam drama terbaru Suri Hati Mr Pilot yang diadaptasi daripada Novel Suri Hati Mr Pilot karya Dila Dyna. Drama ini akan ditayangkan psds 10 Oktober nanti hanya di Astro Ria dan Ria HD.

Senarai OST Suri Hati Mr Pilot (Lagu Tema)

Page Rasmi Suri Hati Mr Pilot


Novel Suri Hati Mr Pilot karya Dila Dyna
Follow IG One Direct Movie - https://www.instagram.com/onedirectmovie/
Like FB One Direct Movie - https://www.facebook.com/onedirectmoviez

Details
Tajuk: Suri Hati Mr Pilot
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 10 Oktober 2016
Hari Tayangan: Isnin - Khamis
Masa Tayangan: 10 Malam
Saluran: Astro Ria dan Astro Maya HD
Episod Penuh: 16 Episod
Pengarah: Michael Ang dan Hadith Omar
Terbitan: Cube Film Sdn Bhd
Pelakon
Fattah Amin sebagai Ejaz Fakhri
Neelofa sebagai Warda Erina
Eleena sebagai Inara
Mas Khan sebagai Daniel
Alvin Chong sebagai Johan
Ben Amir sebagai Dr Muslim
Azar Azmi sebagai Humaira
Fahad Iman sebagai Rafeeq
Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
Nina Juren sebagai Puan Sri Nabiha
Sinopsis Suri Hati Mr Pilot
Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad! “Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz? 

Gambar Pelakon









Poster Suri Hati Mr Pilot
Jom Layan FB

2 comments:

  1. 3 days to go. Tak sabar nak tgok versi drama plak.

    ReplyDelete
  2. i syang pada you, you tak nak ke?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.