Header Ads

Drama Mandatori [2017] Astro First



Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Mandatori adaptasi daripada novel Ramlee Awang Murshid yang bakal menyaksikan gandingan mantap Aeril Zafrel, Siti Saleha, Alvin Wong, Iedil Putra dan ramai lagi. Drama siri ‘crime-thriller ini hadir dalam enam episod. Diarahkan oleh Razaisyam Rashid. Akan mula ditayangkan di di Astro First Eksklusif saluran 480 dan On Demand mulai 14 Disember 2017

Details
Tajuk: Mandatori
Genre: Thriller
Episod: 6 Episod
Tarikh Tayangan: Bermula 14 Disember 2017
Penulis Novel: Ramlee Awang Murshid
Saluran/Slot: Astro First Eksklusif saluran 480 
Pengarah: Razaisyam Rashid
Terbitan: Ideate Media
Pelakon
Aeril Zafrel - Inspektor Norman Abdullah
Alvin Wong - Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan
Siti Saleha - Juliana Zahara Johari
Iedil Putra - Johan Bahar Johari
Dato’ A. Tamimi Siregar -Tuan Johari Saidin
Chew Kin Wah - Kapten David Chong
Jo Kukathas - Doktor Devi Subash
Meor Hashim Manap -  Tuan Haji Salleh bin Deraman
Vanidah Imran - Doktor Asmah
Susan Lankaster - Madam Agnes Lim
Amerul Affendi - ‘The Handler’
Sinopsis Mandatori
Mandatori’ mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (lakonan Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.


Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Juliana Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Dato’ A. Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Juliana yang pada mulanya tidak begitu menyukai kehadiran Norman mula berubah apabila risau akan tindak-tanduk adiknya, Johan Johari (lakonan Iedil Putra) yang dilihat semakin mencurigakan terutamanya apabila melibatkan kehilangan wang syarikat yang sangat ketara.


Juliana mula menyiasat dan beliau memerlukan bantuan Norman untuk menyelesaikan masalahnya. Keakraban yang tercetus ini membuatkan mereka jatuh cinta. Namun pelbagai dugaan dan ancaman yang hadir dari setiap penjuru menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Juliana akan menjadi mangsa yang seterusnya? Dan, siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik kes-kes pembunuhan bersiri yang berlaku?

Gambar Pelakon


Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.