Header Ads

Drama Kerna Syurga Bukan Percuma [2017] Astro Oasis




Nantikan drama bersiri Kerna Syurga Bukan Percuma diinspirasikan daripada sebuah novel karya Najmi Fetih. Membariskan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Fendy Bakry, Elfira Loy, Fadzil Zahari, Dania Azmi, dan ramai lagi. Terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd dibawah arahan sutradara Shuhaimi Zulkefli. Akan menemui penonton bermula 6 November 2017, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 9 malam di saluran Astro Oasis dan Maya HD.

Novel Kerna Syurga Bukan Percuma karya Najmi Feith

Details
Tajuk: Kerna Syurga Bukan Percuma
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 6 November 2017
Hari Tayangan: Isnin-Rabu
Masa Tayangan: 9.00 malam
Saluran: Astro Oasis & Maya HD
Episod Penuh: 24 Episod
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Terbitan: Nuansa Sdn Bhd
Pelakon
Zahiril Adzim sebagai Rafa
Shera Aiyob sebagai Arissa
Luqman Hafidz sebagai Rafi
Sara Ali sebagai Mia/Nia
Ako Mustapha sebagai Dato Rafail
Liza Abdullah sebagai Datin Zarina
Shahera Manrose sebagai Murni
Syafiq Sahli sebagai Syukri
Amir Nafis sebagai Dollah
Uqasha Senrose sebagai Maya
Zowa Zahari sebagai Hafiz
Ryzal Jaafar sebagai Zafran
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Asyraf
Sinopsis
Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissa lah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat Kebal.

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya

Gambar Pelakon


Poster


Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.