Header Ads

Drama Dia [2017] TV3



Nantikan drama eksklusif di TV3 berjudul 'Dia' yang menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia. Ditunjangi oleh Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, dan Sandrinna Michelle Skornicki. Drama bersiri sebanyak 60 episod terbitan produksi OrangeTree Production Sdn Bhd. Arahan bersama sutradara Eoon Suhaini, Omar Olly Alaydrus dan Zamri Zakaria. Drama Dia akan ditayangkan mulai 14 Oktober 2017, setiap hari Jumaat hingga Ahad pukul 9 malam di TV3.

Details
Tajuk: Dia
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 14 Oktober 2017
Hari Tayangan: Jumaat, Sabtu dan Ahad
Masa Tayangan: 9.00 Malam
Saluran/Slot: Drama Eksklusif TV3
Episod Penuh: 60 Episod
Pengarah: Eoon Shuhaini / Omar Olly Alaydrus / Zamri Zakaria
Terbitan: OrangeTree Production Sdn Bhd / Limelight Pictures
Pelakon
Irwansyah sebagai Adit
Janna Nick sebagai Aira
Izara Aishah sebagai Emelda
Adi Putra sebagai Zaid
Sandrinna Michelle Skornicki sebagai Icha Aulia
Kevin Andrean sebagai Micah
Juliana Moechtar sebagai Zelma
Aleza Shadan sebagai Fatimah
Zamarul Hisham sebagai Hafiz
Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Milah
Farouk Hussain sebagai Pak Hashim
Hefny Sahad sebagai Hafiz (muda)
Nadia Brian sebagai Faitimah  (muda)
Amir Nafis sebagai Ferdi  (muda)
Ezatty Abdullah sebagai Mak Milah (muda)
Emma Maembong sebagai Tina
Billy Boedjanger sebagai Ferdi
Cahya Kamila sebagai Rena
Tatiana Sivek sebagai Bunga
Adhitya Alkatiri sebagai Airel
Azhar Amir sebagai Faiz
Tash Yong sebagai Bella
Syaffiq Sahli sebagai Ustaz Nasir
Dicky Andryanto sebagai Herman Yopi
Taib Zamannuri sebagai Taib
Nonny Nadirah sebagai Maria
Mawar Rashid sebagai Anissa
Zarina Zainuddin sebagai Datin Salina
Ariff Aziz sebagai Dino
Sinopsis Dia
Adit (Irwansyah), tidak menyangka keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi mengikuti program pertukaran pelajar Indonesia-Malaysia telah membongkar satu rahsia. Keluarga Aidit sudah menetapkan calon isteri buat Aidit iaitu Emelda (Izara Aishah), anak majikan orang tua Aira. Dengan hanya satu sebab Aidit perlu berkorban. Korbankan cintanya terhadap Aira (Janna Nick).

Dalam melayani duka lara hati, Zaid (Adi Putra) muncul membawa rasa cinta buat Aira. Pelbagai cara yang Zaid lakukan untuk menambat hati Aira. Zaid mengambil kesempatan untuk mendekati Aira sementelah Aira di bawah seliaannya semasa menjadi peguam pelatih. Bertahun-tahun Zaid menunggu untuk Aira membalas cintanya, akhirnya Zaid gembira apabila Aira bersetuju menjadi tunangannya.

Adit pula berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodoh antara pasangan suami isteri ini tidak bertahan lama apabila Emelda meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung yang diberi nama Icha Aulia (adik Sandrinna Michelle Skornicki).

Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Kehadiran semula Aidit dan Icha Aulia selepas Emelda meninggalkan Aidit ternyata mengganggu perhubungan Aira dan Zaid. Walaupun sudah sekian lama Aira tidak bersua muka dengan Aidit, jelas kedatangan Aidit membuatkan hatinya berantakan kerana Aidit mahu menggapai semula hati Aira.

Namun pada saat yang diimpikan tiba, Zaid membiarkan Aira pergi mencari cinta sejatinya. Aira dalam dilema. Antara Zaid, tunangnya yang setia atau Aidit, cinta pertamanya yang menjadi pilihan Aira?

Gambar Pelakon

Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.